Windows

Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir, Langsung di Pawagam

Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir Langsung di Pawagam
KUALA LUMPUR: Pusingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM 2014) akan ditayangkan di 25 pawagam di seluruh negara pada Jumaat ini.

Menurut Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani, ia bertujuan untuk memberikan pengalaman yang unik dan berbeza kepada mereka yang mungkin tidak berkesempatan untuk menonton program itu secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

“Itu adalah cara yang terbaik untuk satu Malaysia menonton malam akhir MLM 2014. Ia membenarkan mereka yang tidak mempunyai tiket ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menonton di pawagam bersama rakan-rakan. Ia tentu sekali pengalaman yang berbeza,” jelas Nizam ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau berkata tayangan akan diadakan di 13 pawagam TGV dan 12 pawagam MBO.

Antaranya adalah Sunway Pyramid, Subang; Space U8, Shah Alam, Melaka Mall, Melaka, MBO U-Mall Skudai, Johor, The Spring Kuching, Sarawak dan Mesra Mall, Terengganu. -astroawani
Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir Langsung di Pawagam

Post a Comment

0 Comments