Windows

Senarai Kawasan Larangan Merokok

PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 (P.U. (A) 324/2004) PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2008 (P.U. (A) 315/2008) SENARAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK

  • Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino
  • Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
  • Di dalam lif atau tandas awam
  • Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
  • Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  • Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta
  • Di mana-mana kawasan lapangan terbang
  • Di mana-mana kawasan premis kerajaan
  • Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan
  • Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi
  • Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak
  • Di dalam bas sekolah
  • Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia
  • Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
  • Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
  • Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
  • Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  • Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
  • Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
  • Di mana- mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara 

Post a Comment

0 Comments