Windows

Tun Mahathir Pertikai Tabung Haji Beli Tanah Milik 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian tanah dalam projek 1 Malaysia Developement Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji sebagai tindakan penyelamatan walaupun ada pihak yang menafikannya

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata rancangan 1MDB itu perlu dibatalkan segera kerana Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka.

Berikut artikel penuh Tun Mahathir dalam blognya chedet.cc bertajuk Tabung Haji.

Tabung Haji

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah.

Post a Comment

0 Comments