Windows

Sidang Media Serpihan Pesawat Sah Milik MH370 - PM

Sidang Media Serpihan Pesawat Sah Milik MH370 - PM
Kuala Lumpur, 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengesahkan 'flaperon' pesawat yang dijumpai di Reunion adalah milik pesawat penerbangan MAS MH370.

Najib membuat pengesahan itu dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa (PWTC) yang diadakan sekitar jam 2 pagi hari ini.

Sidang media mengumumkan perkara yang sama turut diadakan di Perancis; negara yang bertanggungjawab menganalisis serpihan itu; secara serentak dengan Malaysia.

Dalam pada itu, MAS juga turut mengeluarkan kenyataan media serentak dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Dalam kenyataan tersebut, MAS memberitahu pengesahan mengenai serpihan 'flaperon' itu disahkan oleh pihak berkuasa Perancis, Biro d'Enquêtes et d'Analisis pour la Sécurité de I'AviationCivile (BEA), kumpulan penyiasatan Malaysia, wakil teknikal dari PRC dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. - Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments