Windows

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan

Mulai 1 April 2014 JPJ menguatkuasa peraturan baru untuk urusan tukar hakmilik kenderaan. Semua pemilik kenderaan (penjual) dan pemilik baru (pembeli) wajib hadir sendiri ke JPJ untuk membuat pengesahan biometrik. Tidak boleh hantar wakil lagi. Ini adalah kerana:
  • untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
  • JPJ sudah menambahbaik sistem mereka dengan aplikasi biometrik
  • untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah.
Oleh itu penggunaan borang pengesahan kad pengenalan TM-AB dan juga surat akuan berkanun untuk pesuruhjaya sumpah tidak diperlukan lagi.

Langkah Tukar Hakmilik Kenderaan

Sila baca dan ikuti panduan ini jika anda tidak mahu buang masa, wang dan tenaga ulang alik ke JPJ dan PUSPAKOM serta syarikat insuran. Anda wajib tahu cara tukar hakmilik kenderaan kerana sudah tidak boleh guna ejen atau wakil lagi.
  • Pastikan kenderaan adalah mengikuti standard asal seperti dalam geran kenderaan. Kesemua modifikasi sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
  • Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
  • Pastikan anda tidak menggunakan bahagian “kereta potong” atau potong sambung bahagian kenderaan.
  • Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
  • Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli.
  • Bawa geran kereta atau nama lain sijil ini adalah perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
  • Pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan, caj RM30.
  • Anda akan dapat satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk tempoh 1 bulan sahaja.
  • Pergi ke syarikat insuran untuk membeli insuran kereta baru atas nama pembeli berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.
  • Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
  • Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
  • Ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3).
  • Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
  • Proses tampalan salinan mykad di atas borang TM-AB tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik. Proses lama ini sudah lapuk dan menyusahkan sahaja.
  • Ambil nombor giliran dan tunggu, sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
  • Nama pemilik berdaftar terakhir iaitu penjual akan dicop batal. Akan ada cetakkan maklumat pemilik baru atau pembeli di bahagian belakang geran kenderaan (JPJK2).
  • Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran-pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.
  • Selesai.
Prosidur tukar hakmilik kenderaan ini berkuatkuasa pada 1 April 2014

Post a Comment

0 Comments