Windows

Apa Tindakan Kita Sekiranya Berlaku Kematian Di Rumah

Hukum pengurusan jenazah ialah fardu kifayah, maksudnya apabila sebahagian orang melaksanakannya, maka dianggap memadai. Pun begitu, jika tidak ada seorang pun yang melakukannya, maka berdosalah seluruh masyarakat di daerah itu.

Apa yang perlu di lakukan sekiranya berlaku kematian di rumah kita;
  • Jangan panik, bertenang dan terima kenyataan setiap benda yang hidup pasti menghadapi mati
  • Sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan matanya sekiranya masih terbuka. Letakkan syiling kalau kelopak mata payah nak tutup.
  • Sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan arwah di atas perut.
  • Ikat tangan menggunakan perca kain. Kepala dan dagu juga elok di ikat menggunakan perca kain.
  • Sekiranya berlaku pendarahan di bahagian hidung atau telinga, sumbatkan kapas untuk menghentikan darah dari terus menitik keluar.
  • Selimutkan jenazah dengan kain yang dapat menutupi seluruh jasad dari kepala hingga ke kaki.
  • Buat laporan polis dengan membawa kad pengenalan arwah. Salah seorang anggota polis dtg rumah  untuk melihat keadaan arwah untuk pengesahan. Setelah pengesahan pihak polis akan mengeluarkan surat permit penguburan dan surat membawa jenazah untuk di sempurnakan.
  • Hubungi saudara terdekat dan maklumkan juga pada AJK khairat kematian dimana tempat arwah di kebumikan. Sekiranya takde khairat kematian, bolehlah maklumkan pada imam masjid yang bertugas pada minggu tersebut untuk tindakan seterusnya.

Post a Comment

0 Comments