Windows

Kisah Raja Dan Sesenduk Madu

Ada satu kisah. Kisah ini adalah kisah tentang seorang raja dan sesendok madu. Alkisah, pada suatu hari seorang raja ingin menguji kesetiaan rakyatnya. Raja memerintahkan agar setiap orang, pada suatu malam yang telah ditetapkan, membawa sesendok madu untuk dituangkan dalam sebuah bejana yang telah disediakan di puncak bukit di tengah kota. Seluruh rakyat memahami perintah tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakannya.
Ada seorang lelaki yang begitu malas untuk menuruti perintah sang raja, lalu dia mendapat satu cara untuk mengelak dari melakukan perintah raja,

"Aku akan membawa sesendok air. Mana ada orang nampak kalau aku bawak air di malam yang gelap tu. Sesendok air tidak akan mempengaruhi bejana yang kelak akan diisi madu oleh semua orang..."
Tibalah hari yang telah ditetapkan. Tahukah anda apa yang terjadi? Bejana tersebut penuh dengan air. Rupa2nya semua warga kota berfikiran sama dengan si lelaki yang malas itu. Mereka mengharapkan orang lain membawa madu sambil membebaskan diri dari tanggung jawab.
_____________________________________________________
Sahabat, kisah sebegini sebenarnya terjadi di dalam masyarakat kita. Berapa ramai dari kalangan kita yg melepaskan tanggungjawab meninggikan syiar islam dlm kehidupan seharian. Berapa ramai dari kita yg meninggalkan tugas berdakwah dan melepaskannya kepada ustaz2 sahaja. Seolah2 kita tiada kaitan dengan islam. Kita langsung tiada sikap bertanggungjawab terhadap agama yang mulia ini. Kita ambil sikap lepas tangan. Kita buat mudah. Sedangkan islam ini agama yang wajib kita tonjolkan melalui kehidupan seharian kita.
Tugas meninggikan syiar islam ini bukan tugas ulama' saja. Bukan tugas tok2 guru saja. Bukan tugas ustaz2 saja. Bahkan tugas semua umat islam.
"Tapi bro, aku tak reti mengajaq orang. Aku tak pandai baca kitab. Aku tak pandai bercakap macam para ustaz yang mengajaq di masjid.."
Ya benar. Tak semua orang diberi anugerah oleh Allah utk faqih dalam agama. Tak semua orang diberi keistimewaan utk menghuraikan masalah2 agama. Tak semua orang diberi kelebihan pandai mengajar dan baca kitab.
Tapi, mau dok ingat, setiap orang ada kelebihan yang tersendiri yang Allah beri. Terpulang kepada kita nak corakkan kelebihan tersebut supaya berguna untuk apa dan untuk siapa. Bagi kita yang beragama islam sudah semestinya kelebihan tersebut kita wajib gunakan untuk meninggikan agama Allah.
Contoh kalau kita pandai bercakap maka cakaplah sesuatu yg dapat menarik manusia kembali kepada agama Allah.
Kalau kita pandai menulis maka tulislah sesuatu yg dapat membuat orang tertarik dengan islam.
Kalau kita pandai melukis maka lukislah sesuatu yang dapat membuatkan islam indah di mata manusia.
Apa yang kita ada, cubalah gunakan utk sumbang kepada agama Allah. Jangan hanya tunggu serta ternanti2 bila islam nak menang sedangkan kita tiada sumbangan apa pun utk islam.

Post a Comment

0 Comments