Orang ramai terutama ibu bapa perlu membuang jauh-jauh sangkaan anak mereka tidak akan diserang penyakit bahaya seperti leukemia dan beranggapan mereka akan sihat sepanjang hayat. Jangan berbicara mengenai barah, bagaimana dengan penyakit kronik lain yang sering kelihatan menyerang kanak-kanak seperti celebral palsy atau talasemia?
“Ia tidak bermakna kita meminta anak mendapat penyakit tetapi jika itu berlaku, kita sudah bersedia menghadapinya. Jadi, tiada ruginya menyimpan darah tali pusat kerana besar manfaatnya kepada anak itu sendiri atau mungkin juga kepada adik beradiknya.
“Kemajuan pesat dalam bidang perubatan sudah menunjukkan kajian potensi bagi merawat penyakit seperti cerebral palsy dan diabetes type I dan sudah membuktikan penyakit seperti leukemia, talasemia serta anemia berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat,” tegas Pengarah Eksekutif Syarikat Bank Darah Tali Pusat Pertama, Prof Dr Aw Tar Choon.
Bagi tujuan itu, amat penting ibu bapa mendapatkan penerangan sejelas-jelasnya mengenai prosedur pengambilan dan penyimpanan darah tali pusat yang dijamin tidak menyakitkan, jauh sekali membahayakan ibu dan bayi.
Syarikat yang ditemubual adalah syarikat perbankan darah tali pusat pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2001. Ia juga syarikat swasta yang pertama menyediakan sel stem daripada darah tali pusat untuk pemindahan tulang sum-sum bagi tujuan rawatan leukemia pediatrik dan syarikat swasta yang pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Institusi penyelidikan untuk mengkaji sel stem dewasa dari saluran darah untuk kegunaan dalam rawatan masalah berkaitan darah, sakit jantung, ulser kaki dan kecederaan serta trauma bersukan.
Syarikat Kami kini, katanya mempunyai lebih dari 30,000 pelanggan rakyat tempatan dan 10 peratus daripada jumlah itu ialah orang Islam.
“Saya sedar kebanyakan orang Melayu masih agak was-was mengenai perkara ini. Kebanyakan mereka membasuh dan menanam uri serta tali pusat selepas bayi dilahirkan. Namun kesedaran di kalangan mereka mengenai kebaikan menyimpan darah tali pusat semakin tinggi dan semakin ramai orang Melayu menggunakan khidmat kami termasuk golongan selebriti.
“Malah di Emiriah Arab Bersatu, bank darah tali pusat sudah ditubuhkan beberapa tahun lalu di Sharjah atas pembiayaan kerajaan,” katanya. Beliau juga berkata, orang Melayu perlu lebih prihatin mengenai perkara itu kerana kesukaran mendapatkan penderma bersesuaian jika berdepan masalah kesihatan
“Orang Cina misalnya boleh mencari penderma bersesuaian di Taiwan atau Amerika Syarikat tetapi orang Melayu sukar berbuat demikian. Sumber mereka agak terhad. Jadi, lebih baik bagi mereka membuat persediaan awal dengan menyimpan darah tali pusat.
“Malah dengan berlakunya perkahwinan campur dalam masyarakat kita, sewajarnya penyimpanan darah tali pusat perlu diberi pertimbangan serius,” katanya.
Prof Aw berkata, banyak faedah menyimpan darah tali pusat berbanding mengambil sel stem pada peringkat dewasa kerana selain selamat dan tidak menyakitkan, ia bebas daripada sebarang penyakit seperti Sistem Pernafasan Yang Teruk (SARS) atau influenza manakala risiko penolakan juga rendah.
“Orang dewasa yang tidak berkesempatan menyimpan darah tali pusat masih boleh menjalani kaedah pengambilan sel stem tetapi prosesnya panjang dan kosnya lebih tinggi. “Jadi, untuk apa kita membazirkan wang jika kaedah penyimpanan darah tali pusat tersedia pada kos jauh lebih murah, kaedah pengambilan yang langsung tidak menyakitkan dan dijamin selamat.
“Jangan mensia-siakan kepesatan teknologi perubatan dengan mengambil ringan kepentingan menyimpan darah tali pusat. Jika tidak kerana anak sendiri, fikirkan apa ia boleh buat kepada orang lain.
“Bagi saya itu juga satu bentuk sumbangan kepada masyarakat. Kajian awal ke atas sel stem dewasa menunjukkan ia sudah hampir sampai ke peringkat mampu merawat penyakit hati dan kardiovaskular. Saintis masih berusaha keras menjalankan kajian lanjut sebelum boleh mengumumkan kejayaan mereka.
“Namun seperti saya tegaskan tadi, proses dahulu kala pengambilan sel stem dari tulang sum-sum adalah proses menyakitkan dan mahal. Darah tali pusat juga terbukti dapat memberi kesan sama dengan sel stem tulang sum-sum dalam merawat banyak penyakit berkaitan system darah kanak-kanak. Jadi, saya tidak nampak sebab untuk kita memandang remeh perkara ini,” katanya
Kos Penyimpanan
Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang memberikan perkhidmatan penyewaan bagi darah tali pusat ini dan mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya ialah CryoCord Sdn Bhd dan StemLife Bhd yang mempunyai makmal di Cyberjaya.
Mereka mengenakan bayaran RM 2500 bagi penyimpanan tahun pertama, termasuk yuran pemprosesan dan ujian terhadap darah itu. Pada tahun seterusnya ia mengenakan bayaran RM250 setahun bagi yuran penyimpanan.
Mereka mengenakan bayaran RM 2500 bagi penyimpanan tahun pertama, termasuk yuran pemprosesan dan ujian terhadap darah itu. Pada tahun seterusnya ia mengenakan bayaran RM250 setahun bagi yuran penyimpanan.
MAKMAL PENYIMPANAN
CARA PENGAMBILAN
TESTIMONI
CARA PENGAMBILAN
TESTIMONI
0 Comments