Windows

Blogger Kontroversi Alvin Tan dan Aktivis Politik Ali diMinta Serah Pasport

PUTRAJAYA: Blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil diminta hadir di Jabatan Imigresen Malaysia atau Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat untuk menyerahkan pasport masing-masing yang dibatalkan pada Isnin.

Jabatan Imigresen Malaysia mengeluarkan kenyataan hari ini meminta mereka berdua menyerahkan pasport Malaysia antarabangsa masing-masing A28945390 milik Ali dan A32765005 milik Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee.

Penarikan pasport Tan dan Ali merupakan kes pertama dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata pasport adalah hak milik kerajaan Malaysia dan ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan jabatan itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang menghina mahkamah, Islam dan Raja-Raja.

Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan termasuk di bawah Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan serta mempersendakan institusi Beraja melalui laman Facebooknya.

Ali pula melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik. Ali berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya.

Post a Comment

0 Comments