Windows

Misteri Serangan Kerang di Pantai Terengganu

kerang terdampar di pantai
Ekoran dari fenomena pelik yang berlaku di pantai Rusila, Marang dan Pantai Sura Hujung, Dungun november lalu kini berlaku lagi di Pantai Seberang Takir pula.

Fenomena alam ini juga pernah berlaku di Lumut dan Lahat Datu sebelum ini, dimana jutaan kerang mendarat dan terdampar di persisir pantai.

Menurut penduduk setempat ini merupakan kejadian pertama di sini dan ianya sangat mengejutkan sehingga kawasan berkenaan dipenuhi penduduk setempat seperti berpesta.

Penduduk menyifatkan ribuan kerang yang terdampar di atas pantai itu dipercayai kesan selepas berakhirnya hujan lebat dan ribut melanda negeri Terengganu sejak beberapa hari lalu.

Penduduk juga mengandaikan, hidupan yang biasanya terdapat di muara sungai dan laut cetek itu seolah-olah dipaksa keluar oleh gumpalan air laut selepas dibawa arus sebelum terdampar di kawasan pantai.

Ribuan kerang yang terdampar itu boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan air masin di muara sungai menyebabkan hidupan itu menuju ke arah laut. Akibat arus kuat dari muara sungai ke laut, ribuan kerang ini terdedah kepada ombak dan akhirnya dihanyutkan ke pantai semula.

Post a Comment

0 Comments