Windows

Arahan Membuat Garisan Dan Bulatan

Garis Lurus

Garis lurus adalah sebuah garis  yang memiliki unsur panjang dan memiliki sudut tertentu,misalnya sebuah garisan mendatar akan mengarah pada sudut 90 dan 270 darjah dari sudut 0, garis menegak akan mengarah pada sudut 0 dan 180 darjah, sedangkan untuk garisan serong akan memiliki sudut selain dari sudut mendatar dan menegak, contohnya 30, 45, 120 darjah dsb.

Garis lurus boleh dibahagikan kepada 3 jenis,

  1. Garisan mendatar (Horizontal Line)

  2. Garisan menegak (Vertical Line)

  3. Garisan serong (Oblique Line)

 

Cara melukis garisan menegak dan mendatar

 
Jenis-jenis garisan dalam AutoCad
Jenis-jenis garisan dalam AutoCad

LINE COMMAND
LINE command


  1. Klik pada icon line seperti gambar di atas

  2. Klik kedudukan 1st point

  3. Tekan F8 (ortho on)

    garisan akan dilukis pada paksi x dan y sahaja

  4. Gerakan cursor ke arah kanan/kiri/atas atau bawah dari titik 1st point

    pergerakan cursor untuk menentukan arah kedudukan 2nd point di sebelah mana

  5. Masukan nilai panjang garisan untuk 2nd point

  6. Tekan enter dua kali.

 

Cara melukis garisan serong

  1. Klik pada icon line seperti gambar di atas

  2. Klik kedudukan 1st point

  3. Masukan nilai panjang garisan dan nilai sudut

     contoh, 50<45 untuk panjang 50mm dan sudut 45 darjah

  4. Tekan enter dua kali.


Latihan

Lukis seperti lukisan di bawah. Untuk makluman tutor ini menggunakan AutoCad 2007.
LATIHAN 1

Kita akan melukis garisan bermula dari point P1 ke P2, iatu garisan serong dengan panjang 45.9mm dan bersudut 45 darjah. 

Kemudian terus membuat garisan mendatar ke point P3 dengan panjang 15mm.

Kemudian garisan menegak ke point P4 dengan panjang 35mm.

Kemudian garisan mendatar  ke point P5 dengan panjang 50mm.

Kedudukan point P1 ialah x=10,y=10 dari titik origan (UCS).

Kesemua LINE akan dilukis secara berterusan iaitu dalam satu arahan.

 

Langkah-langkah;

Lancarkan perisian AutoCad 2007 anda atau apa2 versi pun boleh sebab secara dasarnya hampir sama.

  1. Klik command LINE icon

  2. Taip 10,10 enter

    lokasi titik mula P1

  3. Taip 49.5<45 dan tekan enter

    tanda '<' mewakili sudut

  4. Gerakan cursor kekanan sedikit dari point P2 lalu Taip 15 dan tekan enter

  5. Gerakan cursor kebawah sedikit dari point P3 lalu Taip 35 dan tekan enter

  6. Gerakan cursor kekiri sedikit dari point P4 lalu taip 50 dan tekan enter dua kali.

    command end. siap.


Bulatan

Bulatan merupakan garisan berbentuk lingkaran yang mempunyai garis pusat dan jejari.

circle
CIRCLE

CIRCLE command
CIRCLE command
  1. Klik pada icon circle seperti gambar di atas

  2. Klik kedudukan titik pusat bulatan

  3. Taip huruf 'd' untuk diameter atau 'r' untuk radius

  4. Tekan enter

  5. Masukan nilai diameter atau nilai radius

  6. Tekan enter. 

 

Latihan

Masih menggunakan drawing LATIHAN 1 yang sama lukis bulatan bergaris pusat 10mm dimana titik pusat bulatan ialah pada point P2.

  1. Klik command CIRCLE icon

  2. Klik pada point P2 sebagai titik pusat bulatan

    pastikan kotak kecil terpapar sebelum klik.. lihat gambar

  3. Taip d dan tekan enter

    memilih diameter sebagai nilai input

  4. Taip 10 dan tekan enter.

    command end. siap

Pada post yang akan datang kita akan belajar command ERASE, TRIM dan EXTEND.

selamat mencuba...

Post a Comment

0 Comments