Windows

Command Erase, Trim Dan Extend

Erase

Command Erase boleh dikatakan agak penting dan kerap digunakan. Berfungsi untuk memadam objek yang tidak diperlukan secara keseluruhan objek.

command erase
COMMAND ERASE

  1. Klik command Erase pada toolbar modify atau pada pulldown menu-->modify-->erase
  2. Klik pada objek yang hendak dipadam
  3. Klik enter.

Trim

Command Trim digunakan untuk memotong sebahagian garisan daripada satu garisan. Garisan yang hendak di trim mestilah bersilang dengan satu garisan yang lain.

command TRIM
command TRIM

  1. Klik command TRIM
  2. Klik line 1 (spt gambar diatas) dan tekan enter
  3. Klik line 2 dan tekan enter.

Extend

Command extend digunakan untuk memanjangkan satu-satu garisan. Command ini seakan-akan berlawanan dengan command trim.

command EXTEND
command EXTEND
contoh latihan EXTEND

  1. Klik command Extend
  2. Klik line 1 dan tekan enter
  3. Klik line 2 dan tekan enter.

Selamat mencuba..

Pada post yang akan datang kita akan melihat apakah yang di maksudkan User Coordinate System (UCS), Absolute Points, Relative Points dan Relative Polar.

Post a Comment

0 Comments