Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala 10 lagi cedera, 4 diantaranya dilaporkan kritikal dalam kejadian serangan yang berlaku di hadapan pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pada petang Rabu 7 jan 2015 (waktu tempatan). Semua yang terbunuh adalah kakitangan Charlie Hebdo, manakala yang tercedera adalah pejalan kaki.
Charlie Hebdo merupakan majalah yang dikenali sebagai ekstrim dan berhaluan kiri. Majalah ini pernah menerbitkan kartun-kartun karikator seorang lelaki berwajah dan berpakaian ala Timur Tengah yang kemudian diandaikan sebagai Nabi Muhammad SAW.
Kali pertama kartun ini diterbitkan pada edisi Feb 2006, seterusnya pada Nov 2011. Selepas penerbitan kali kedua, pejabat Charlie Hebdo hanya di lempari bom molotov.
Pada tahun 2012, Charlie Hebdo , kembali jadi sasaran kemarahan setelah mengulang tayang kartun seorang berwajah Arab tanpa busana ketika tunjuk perasaan bergolak di seluruh dunia, memprotes film “Innocence of Muslims” yang dianggap menghina agama Islam.
Punca kejadian masih belum di kenal pasti samada berpunca dari penayangan kartun-kartun tersebut namun, Pierre de Cossette, jurnalis Europe1 News mengatakan, sejumlah saksi mengatakan bahawa penyerang meneriakkan kalimat: “The Prophet has been avenged”,
0 Comments