Windows

Wajah Artis-Artis K-Pop Korea Ketika Tua, Masih Nak Peluk?

artis k-pop korea


Ramai penggemar K-Pop begitu menggilai industri hiburan Korea Selatan adalah kerana artisnya yang rupawan. Tidak hairan jika member-member boyband atau girlband K-Pop itu sangat menjaga penampilan mereka. 

Dengan wajah dan bentuk fizikal yang memukau, mereka mampu membuat ramai peminat histeria. Peminat ini seperti terpukau dan rela diperlakukan apa saja sehingga tergadainya maruah.

Namun pernahkah terbayang jika idola kita itu tampil 50 tahun kemudian? Di mana ketika mereka sudah semakin tua dan kereput. Adakah kita masih histeria melihat mereka kelak?

Berikut adalah beberapa tampilan ketika idola K-Pop anda menjadi tua.

1. Lee Hyori 

artis k-pop korea

Bekas ahli girlband K-Pop generasi pertama yang sangat popular, Fin.K.L ini memang dikenal sebagai salah satu diva seksi Korea Selatan.

Lahir pada 10 Mei 1979, Lee Hyori mula menjadi penyanyi solo di tahun 2003. Tidak hanya bersuara merdu, Hyori juga pandai menari dan memiliki bentuk fizikal yang istimewa serta cantik. Hmm, dengan wajah penuh kereput sekitar 40 tahun lagi, adakah peminat lelaki masih tergila-gila pada Hyori? 

2. IU 

artis k-pop korea

Penyanyi muda K-Pop bernama asli Lee Ji Eun ini kelahiran 16 Mei 1993. Kerana keperibadian polos dan wajah cantiknya, IU mendapatkan jolokan 'Nation's Little Sister'.

Dengan wajah yang kini masih begitu cute, kelak ketika IU nanti 40 tahun lebih tua, apakah jolokan 'Nation's Little Sister' tetap melekat padanya? Yang pasti dengan suara merdu, IU pasti tetap memiliki peminat setia.

3. Jo Kwon 2AM

artis k-pop korea

Ketua dari boyband 2AM ini dikenali sebagai salah satu pelatih lelaki dari agensi JYP Entertainment dengan masa pelatihan selama kurang lebih 7 tahun. Lahir pada 28 Ogos 1989, Jo Kwon memang begitu disegani kerana suaranya yang sangat merdu.

Mengeluarkan album solo bertajuk I'M DA ONE pada 25 Juni 2012, Jo Kwon berjaya menampilkan kelainan dirinya. Adakah dengan wajah penuh kereput sekitar 40 tahun lagi, Jo Kwon masih mampu menarik peminat dengan suara khasnya?

4. YoonA Girls Generation

artis k-pop korea

Gadis cantik dengan nama asalnya Im Yun-Ah ini merupakan member dari girlband Girls Generation. Lahir pada 30 Mei 1990, YoonA juga dikenal sebagai artis, model dan penari yang popular kerana wajah innocentnya.

Dibandingkan member Girls Generation lainnya, kerjaya YoonA di bidang lakonan dan model iklan memang yang paling bersinar. Bahkan pendapatannya dari dua bidang itu yang membuat YoonA dikenali di luar Korea. Jika melihat wajah cantik YoonA penuh dengan kereput sekitar 40 tahun lagi, adakah pesona YoonA yang kini memukau banyak lelaki masih berbisa? Pastinya, kecantikan semulajadi akan tetap bersinar.

5. Nichkhun 2PM

artis k-pop korea

Salah satu penyanyi sekaligus rapper boyband 2PM ini memiliki nama asal Nichkhun Horvejkul. Lelaki berdarah Thailand ini lahir pada 24 Jun 1988. Selama ini, Nichkhun dikenali sebagai idola lelaki K-Pop yang memiliki wajah baby face. 

Dengan kejaya di dunia lakonan yang juga terbuka lebar, adakah Nichkhun yang pastinya akan bertambah tua dengan kereputnya kelak ini masih mampu meraih peminat? Atau mungkin Nichkhun tetap sepeti baby face ketika tua?

6. Rain

artis k-pop korea

Dengan nama asal Jung Ji Hoon, lelaki kelahiran 25 Jun 1982 ini begitu dikenali selepas penampilannya dalam K-Drama Full House di tahun 2004 lalu.

Rain yang kini disebut sebagai salah satu Hallyu star paling berjaya kerana menembusi dunia hiburan Hollywood dengan film SPEED RACER dan NINJA ASSASSIN ini dikagumi kerana suaranya yang merdu, gerakan tarian yang sempurna serta wajah tampan dan bentuk fizikal yang luar biasa. Melihat Rain 40 tahun kemudian dengan penuh kereput, adakah para gadis masih tetap berteriak? 


7. Suzy Miss A

artis k-pop korea

Maknae (member termuda) girlband Miss A ini memiliki nama asal Bae Soo Ji. Dikenali dengan nama panggung Suzy, gadis cantik ini lahir pada 10 Oktober 1994.

Sama seperti YoonA Girls Generation, Suzy juga merupakan member girlband yang popular sebagai aktris K-Drama dan model iklan. Salah satu pencapaiannya adalah melalui K-Drama Dream High. Suzy meraih banyak perhatian kerana wajah cantiknya yang natural semenjak masih begitu muda. Membayangkan wajah Suzy dengan kereput-kereput 40 tahun kemudian, apakah Suzy tetap kelihatan cantik?
  

8. UEE After School

artis k-pop korea

Kim Yu Jin, UEE yang lahir 9 April 1988 adalah salah satu member girlband After School. Sama seperti YoonA Girls Generation dan Suzy Miss A, UEE popular dan dikenali sebagai member girlband dengan lakonan drama dan model iklan yang beragam.

Mendapat pujian yang tinggi dengan lakonannya di K-Drama Queen Seon Duk, popularitinya naik dengan cepat. Bentuk tubuhnya yang sempurna dengan wajahnya yang comel, membuat UEE mudah digilai peminat lelaki. Jika lelaki-lelaki ini melihat wajah UEE diliputi kereput 40 tahun lagi, apa pendapat mereka? Sepertinya UEE tetap kelihatan memukau.

9. Yoochun JYJ

artis k-pop korea

Member boyband JYJ, memulakan kerjaya di industri musik K-Pop sebagai member TVXQ ini memiliki nama asal Park Yoochun. Lahir pada 4 Jun 1986. Yoochun kini popular kerana kemampuan lakonannya yang luar biasa.

Semakin dikenali di luar Korea kerana lakonan memukaunya di Sungkyunkwan Scancal, Miss Ripley, dan Rooftop Prince, Yoochun mampu membuat banyak gadis histeria kerana suaranya yang merdu dan kemampuan tariannya.

Ketika wajah Yoochun berkereput 40 tahun lagi, adakah Yoochun masih boleh meraih populariti dengan kemampuan lakonannya? Yang pasti, siapa yang berbakat akan tetap bertahan. - Source :allkpop

Post a Comment

0 Comments