Windows

Tentera Hizbullah Lancar Serangan ke Arah Konvoi Tentera Israel

Tentera Hizbullah Lancar Serangan ke Arah Konvoi Tentera Israel
Tentera Hizbullah telah melancarkan serangan ke arah konvoi tentera Israel di kawasan pertanian Shebaa di selatan Lubnan menyebabkan 4 orang tentera Zionis mati pagi tadi.

Pihak Hizbollah telah mengaku bertanggungjawab dan mendakwa telah melancarkan serangan tersebut dengan beberapa roket yang menyebabkan beberapa kenderaan tentera Zionis rosak dan beberapa orang tentera cedera dan maut.

Berikutan serangan tersebut, tentera Zionis bertindak balas dengan menyerang kawasan sempadan selatan Lubnan. Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu berkata sebagai respon dalam isu ini, "Sesiapa yang ingin mencabar kami di Utara, maka lihatlah apa yang telah kami lakukan di Gaza".

Netanyahu berkata lagi, "Israel akan membalas operasi tersebut dan tidak akan sekali-kali diam berpeluk tubuh". Selain itu, pihak Zionis telah meletakkan sekatan ke atas media-media Zionis dan melarangnya daripada menyebarkan bilangan mereka yang tercedera dan maut dalam operasi di Shebaa.

Setakat ini serangan masih lagi dilancarkan dari kedua-dua belah pihak. Hizbollah melancarkan beberapa serangan dengan tembakan mortar ke arah penempatan tentera Zionis di kawasan pertanian Shebaa sepertimana yang dilaporkan akhbar Zionis.

Di pihak yang lain, para mujahidin di Gaza turut memberikan respon dalam isu ini. Sarayaa Al-Quds mengucapkan tahniah kepada pihak Hizbollah atas Operasi di kawasan pertanian Shebaa tersebut.

Hamas pula mengesahkan hak Hizbollah untuk membalas serangan tentera Zionis di Israel terutama selepas konflik yang lepas di wilayah Quneitra, Syria.- Shehab News Agency
Tentera Hizbullah Lancar Serangan ke Arah Konvoi Tentera Israel

Post a Comment

0 Comments