Windows

15 Ribu Saman Tertunggak Berjaya Diselesaikan

15 Ribu Saman Tertunggak Berjaya Diselesaikan

Johor Bahru, 2 Jan 2015 – Operasi Saman Tertunggak Kenderaan Warga Asing yang bermula pada 27 Disember 2014 telah berakhir jam 12 tengah malam 1 Januari 2015.

Sejumlah 13,529 buah kenderaan warga asing telah diperiksa dan berjaya menyelesaikan 15,470 saman di tiga lokasi sekatan jalanraya (SJR) iaitu R&R Pandan- Lebuhraya EDL, KM 2 Jalan Tebrau – Kota Tinggi dan R&R Gelang Patah.

Penugasan serentak itu dijalankan 24 jam dengan kekuatan seramai 219 orang pegawai dan anggota Cawangan Trafik Bukit Aman dengan bantuan keanggotaan dari Cawangan Trafik Kontinjen Johor, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

Objektif utama operasi ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penyelesaian tunggakan saman kenderaan warga asing di Kontinjen Johor.- PDRM

Post a Comment

0 Comments