Windows

Biodata Rasullullah SAW

BIODATA RASULULLAH SAW 

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim.

Tarikh lahir: subuh isnin 12 rabiulawal/20 april 571M (dikenali sebagai tahun gajah,semperna peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota kaabah).

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.

Nama bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa rasulullah).

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah Assa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Usia 5 tahun

Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan syaitan yang wujud di dalamnya.

Usia 6 tahun

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

Usia 8 tahun

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Tolib.

Usia 9 tahun

Baginda mengambil upah untuk mengembala kambing bagi penduduk kota mekah dengan mendapat upah yang sedikit.

Usia 12 tahun

Bersama bapa saudaranya abu tolib, bermusafir ke syam kali pertama atas urusan perniagaan di kota basrah negeri sham, seorang pendita nasroni bernama bukharra telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dikalangan bangsa arab yang akan lahir pada masa itu.

Usia 14 / 15 tahun

Terlibat dalam peperangan fijar. Baginda nabi Muhammad telah menyertai peperangan itu dalam beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah dalam medan perang tersebut.

Usia 20 tahun

Baginda telah menyaksikan perjanjian Al-Fudhul iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di kota mekah.

Usia 25 tahun

Musafir kali ke-2 ke kota syam atas urusan perniagaan barangan khadijah binti khuwailid. Perjalanan nabi ke syam telah ditemani oleh seorang lelaki (orang suruhan Khadijah) yang dikenali sebagai maisarah (penunjuk jalan). Baginda SAW bersama-sama abu tolib dan beberapa bapa saudara nabi pergi bertemu amru bin al-asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin perkahwinan nabi adalah sebanyak 500 dirham.

Usia 35 tahun

Banjir besar melanda kota mekah dan meruntuhkan dinding kaabah. Pembinaan semula ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk kota mekah. Rasullullah SAW diberi kemulian untuk meletakkan Hajarul aswad ketempat asalnya dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung siapa yang akan meletakkan batu tersebut.

Usia 40 tahun

Menerima wahyu pertama di gua hira’ dipuncak Jabal Nur (Bukit Cahaya) sebagai pelantikan nabi dan rasul akhir zaman.

Usia 53 Tahun

Berhijrah ke Madinah Munawwarah dengan ditemani oleh Abu Bakar AsSiddiq. Rombongan tiba pada tanggal 12 Rabiul Awwal 01 Hijrah/24 September 622 Masihi.

Usia 63 tahun

Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin , 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.

Isteri-isteri Rasullullah SAW

1. khadijah binti khuwailid

2. Saudah binti Zam’ah

3. Aisyah binti Abu bakar

4. Hafsah binti Umar

5. Ummu Habibah binti abu sufyan

6. Ummu salamah (hindun binti umayyah)

7. Zainab binti jahsy

8. Maimunah binti haris

9. Safiyyah binti huyai

10. Zainab binti khuzaimah.

Anak-anak Rasullullah SAW

1. Qassim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqayyah

6. Ummu Kalsum

7. Fatimah

Anak tiri Rasullullah SAW

Halah bin hind bin habbasy- Beliau adalah anak kepada Khadijah bersama hind. Ketika berkahwin denganRasullullah SAW , Khadijah adalah seorang janda.

Saudara sesusu Rasullullah SAW

Ibu susuan Rasullullah SAW

1. Thuwaibah al-aslamiah
2. Halimatus Sa’diah

Saudara susuan Rasullullah SAW

1. Hamzah
2. Abu salamah Abdullah bin abdul asad
3. Abu sufyan bin harith bin abdul muthalib
4. Abdullah bin harith bin abdul Uzza
5. Syaima’ binti harith bin abdul Uzza
6. Aisyah binti harith bin abdul Uzza

Bapa dan ibu saudara Rasullullah SAW

1. Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ( islam )
5. Al-Abbas ( islam )
6. Abu talib
7. Abu lahab ( Abdul Uzza )
8. Abdul Ka’abah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha ( Ummu Hakim )
13. Atiqah
14. Arwa
15. Barrah
16. Safiyyah

sumber

Post a Comment

0 Comments